Blog:

According to Safko (2010, p. 145),
A blog - or web log- is a sit that is maintaned by an individual with regular entries or posts that include commentary, thoughts, and ideas, and may contain photos, graphics, audio, or video.

Safko. L. (2010). The Social Media Bible: tactics, tools, and strategies for business success. New Jersey: John Wiley & Sons.

Wednesday, 16 May 2012

Pendapat Peribadi Semata-mata

Apakah pandangan anda terhadap aktiviti blog di Malaysia?

9 comments:

  1. Pada pandangan saya, kewujudan blog mempunyai pro dan kontranya yang mana ia terpulang kepada seseorang dalam mengaplikasikan pengggunaanya. Hal ini disebabkan melalui blog, kita dapat menyampaikan idea dengan bebas, dapat melatih diri kita untuk menulis dengan lebih baik

    Sementara itu,dari segi kontranya penggunaan blog ialah kita tidak tahu kesahihan sesuatu perkara sama ada maklumat yang ditulis dalam blog itu benar atau sebaliknya, boleh menggalakkan penyamaran identiti kerana tidak memaparkan nama dan juga wajah yang sebenar dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Malaysia, apabila dilihat dari segi politik, pro dan Kon ini amat kelihatan. Semasa pelbagai maklumat disalurkan kepada orang ramai dan pelbagai pendapat dikemukakan, terdapat segelintir manusia yang menyebarkan maklumat dengan tujuan menjatuhkan sesetengah pihak.

      Delete
  2. Pada pendapat saya, rakyat Malaysia yang rasa terikat selama ini telah menggunakan blog sepenuhnya dalam mengkritik kerajaan Malaysia di bawah pucuk pimpinan BN. Misalnya, Raja Petra Kamarudin dengan blognya Malaysia Today telah mengemukakan persoalan-persoalan yang sebelum ini tidak pernah dibangunkan dalam media aliran utama.

    ReplyDelete
  3. Terdapat pelbagai jenis activiti telah digunakan oleh penulis blog. Blog politik juga tidak kurangnya, tetapi pelbagai jenis akta telah dikeluarkan untuk menyekat kritikan media atau sesiapa terhadap sesetengah pihak. Dari kajian Smeltzer,muka surat ketiga, dimana telah menyatakan akta-akta yang telah digunakan untuk meyekat kritik yang tidak disukai.

    http://www.cprsouth.org/wp-content/uploads/drupal/Sandra_Smeltzer.pdf

    ReplyDelete
  4. Selain itu, penggunaan blog di Malaysia sangat meluas yang mana kebanyakannya digunakan untuk tujuan politik, hiburan, perniagaan dan sebagainya. Salah satu sebab yang mendorong seseorang menulis blog tentang politik kerana untuk menyebarkan sesuatu isu dan juga berita dengan lebih berkesan. Hal ini disebabkan media arus perdana hanya memaparkan isu – isu yang berat sebelah iaitu sesuatu isu yang positif dan juga lebih berpihak kepada pihak kerajaan manakala isu tentang pihak pembangkang pula mengenai pemaparan yang negatif sahaja.

    Sementara itu, terdapat juga blog yang memaparkan tentang perniagaan yang mana menawarkan pelbagai jenis barangan yang murah dan juga cepat selain daripada pilihan yang menarik. Keadaan ini disebabkan imej yang terdapat dalam blog dapat menarik minat orang ramai untuk memberi selain disebabkan kekangan masa untuk membeli belah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia hari ini telah semakin sibuk dengan kerja-kerja harian dan tidak mempunyai masa untuk pergi membeli belah. Oleh itu kewujudan blog-blog yang memperkenalkan dan menjual pelbagai barangan secara atas talian melalui blog telah memudahkan mereka dalam memilih dan membeli barangan keperluan.

      Delete
  5. Hadirnya aktiviti blogging di Malaysia telah menyebabkan kedudukan media arus perdana sebagai sumber utama rakyat untuk mendapatkan maklumat telah tergugat. Rakyat pada masa sekarang kelihatan lebih gemar mendapatkan sesuatu maklumat melalui blog kerana segala maklumat di dalamnya tidak ditapis atau disekat oleh mana-mana pihak. Media perdana adalah dimiliki oleh kerajaan jadi semua perkara yang disiarkan adalah berkaitan dengan mereka.
    Perkara ini menyebabkan hadirnya individu yang mewujudkan blog untuk memaparkan perkara yang tidak dipaparkan di media perdana. Hal ini memberi implikasi besar di dalam politik di negara ini apabila Pilihanraya ke-12 yang lepas Barisan Nasional telah menerima kejutan besar kerana telah kehilangan kuasa majoriti 2/3 di Dewan Rakyat akibat daripada pengaruh blog ini.
    Aktiviti blog di Malaysia juga memberi kesan berguna kepada masyarakat di Malaysia. Salah satu kesannya adalah membantu individu dalam memilih gaya untuk berfesyen. Pelbagai fesyen terkini dapat kita lihat di blog-blog yang ada

    ReplyDelete
  6. Blog bukan setakat untuk menulis idea, informasi, tempat meluahkan perasaan sahaja, tetapi dengannya pertandingan yang hebat dari segi "politik", blog telah menjadi satu taktik untuk mempengaruhi khalayak, merosakkan name baik pihak lain dan memenangi pilihan raya. Di aktiviti blog malaysia, ia banyak lebih cenderung kepada politik dan media. Dengan itu, harap pihak tertentu tidak menyalahgunakan kegunaan blog itu kepada negatif.

    ReplyDelete
  7. penulis blog semakin meningkat dan semakin berpengaruh http://www.adweek.com/news/advertising-branding/bloggers-mean-business-134757
    cuma menulis blog tentang fashion dapat mendapatkan kesan yang memerangsangkan serta menjana pendapatan.
    http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2126155/How-teens-parents-gave-thousand-dollars-spend-shoes-start-fashion-blog.html

    ReplyDelete