Blog:

According to Safko (2010, p. 145),
A blog - or web log- is a sit that is maintaned by an individual with regular entries or posts that include commentary, thoughts, and ideas, and may contain photos, graphics, audio, or video.

Safko. L. (2010). The Social Media Bible: tactics, tools, and strategies for business success. New Jersey: John Wiley & Sons.

Tuesday, 15 May 2012

Blog Membantu Mempromosi Industri Pelancongan



Kemunculan blog telah membawa pelbagai implikasi kepada dunia hari ini samada dari segi positif mahupun negatif. Implikasi tersebut bergantung kepada tujuan blog tersebut di wujudkan. Seperti yang kita semua sedia maklum pelbagai blog dapat kita akses di Internet pada hari ini.

Blog juga dilihat boleh menjadi salah satu alat penyebaran atau alat mempromosikan pelancongan negara kerana ianya dapat diakses di seluruh dunia. Blog adalah alat penyebaran maklumat yang efektif kerana membenarkan pemiliknya untuk memaparkan pelbagai perkara dalam bentuk teks, imej, audio, video dan banyak lagi ( Tan & Zawawi Ibrahim, 2008: 3). Kemudahan ini membolehkan para pemilik blog memuat turun gambar-gambar tempat menarik yang terdapat di negara kita dan sekaligus mempromosikan tempat tersebut kepada sesiapa sahaja yang melawatinya. Agensi pelancongan juga boleh menggunakan blog bagi mempromosikan pakej-pakej pelancongan yang mereka tawarkan.

Melalui kajian yang di lakukan oleh Kamal bin Ali yang bertajuk Analisis Blog Sebagai Media Alternatif Penyebaran Maklumat Dalam Industri Pelancongan. Antara salah satu faktor yang mempengaruhi blog sebagai alat untuk mempromosikan pelancongan adalah aktiviti yang disediakan di tempat tersebut. Aktiviti menarik yang dipaparkan di dalam blog akan menarik minat para pelawat blog tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut seterusnya mempromosikan industri pelancongan.

Faktor seterusnya yang dapat mempromosikan industri pelancongan ialah cerita keunikan kawasan pelancongan yang dipaparkan di dalam blog tersebut. Para pelancong biasanya gemar melihat sesuatu yang unik. Jadi apabila mereka membaca tentang keunikan sesuatu tempat maka potensi untuk mereka melawati tempat tersebut adalah besar.

Selain itu faktor yang mempengaruhi blog sebagai alat untuk mempromosikan industri pelancongan adalah kemudahsampaian kerana segala maklumat yang disertakan di dalam blog tersebut adalah lengkap. Blog tersebut biasanya akan dilengkapi dengan lokasi dan peta destinasi pelancongan terbabit. Hal ini menyebabkan individu yang berniat untuk bercuti atau melancong akan melawati blog-blog pelancongan untuk mendapatkan maklumat yang diingini.

Melalui kajian yang tersebut juga, Kamal bin Ali mendapati bahawa ramai responden menyatakan maklumat yang terdapat di dalam blog berfungsi sebagai salah satu alat untuk mempromosikan sesebuah destinasi pelancongan.

Faktor seterusnya ialah bagi membuktikan segala penyataan yang dinyatakan di dalam blog tersebut adalah benar, maka gambar memainkan peranan penting untuk menambahkan keyakinan terhadap destinasi tersebut. Gambar-gambar destinasi pelancongan yang menarik akan semakin membuatkan orang ramai tertarik untuk pergi ke detinasi tersebut.

Kesimpulannya blog adalah salah satu alat yang sangat efektif bagi mempromosikan destinasi pelancongan dan seterusnya memajukan destinasi pelancongan negara.

Rujukan


Tan Jun-E dan Zawawi Ibrahim. (2008). Blogging and Democratization in Malaysia A New Civil Society in the Making. Petaling Jaya, Selangor: Strategic Information and Research Development Centre.

No comments:

Post a Comment