Blog:

According to Safko (2010, p. 145),
A blog - or web log- is a sit that is maintaned by an individual with regular entries or posts that include commentary, thoughts, and ideas, and may contain photos, graphics, audio, or video.

Safko. L. (2010). The Social Media Bible: tactics, tools, and strategies for business success. New Jersey: John Wiley & Sons.

Wednesday, 16 May 2012

SKMM perlu disiplinkan blogger tempatan yang sebar fitnah




Kewujudan blog telah membawa implikasi positif dan negatif. Salah satu implikasi negatif blog adalah mampu memecah belahkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana setiap perkara yang dipaparkan di dalam blog tidak dapat dipastikan kesahihannya dan perkara ini dapat menimbulkan unsur-unsur fitnah.

Blog membenarkan kebebasan bersuara tetapi bergantung kepada penggunanya untuk bertanggungjawab atau tidak dalam menggunakan ruang yang disediakan itu. ( Tan & Zawawi Ibrahim, 2008: 49)

Sesiapa sahaja bebas untuk mengeluarkan pendapat sesuka hati mereka. Situasi ini akan menimbulkan sikap tidak senang hati kepada individu-individu yang berkaitan dengan paparan tersebut. Salah satu contoh individu yang telah difitnah oleh blogger ialah  Wan Shades seorang artis Malaysia yang pernah popular suatu ketika dahulu dan beliau telah difitnah oleh blogger dengan menyatakan bahawa dia telah terbabit dengan satu kes rogol. Paparan tersebut dikatakan tidak benar dan telah merosakkan reputasi beliau dan pihaknya akan mengemukakan saman kepada blogger terbabit.

 http://www.ohbulan.com/wan-shades-nak-saman-blog-sebar-fitnah-kes-rogol/

Oleh itu pihak yang bertanggungjawab terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diminta oleh pelbagai pihak agar mengenakan tindakan blogger yang telah menyebarkan fitnah. Jika blogger tersebut tidak dikenakan tindakan maka semua pihak akan beranggapan bahawa perkara tersebut adalah benar.
 
Tan Jun-E dan Zawawi Ibrahim.(2008). Blogging and Democratization in Malaysia A New Civil Society in the Making. Petaling Jaya, Selangor: Strategic Information and Research Development Centre.

 


No comments:

Post a Comment