Blog:

According to Safko (2010, p. 145),
A blog - or web log- is a sit that is maintaned by an individual with regular entries or posts that include commentary, thoughts, and ideas, and may contain photos, graphics, audio, or video.

Safko. L. (2010). The Social Media Bible: tactics, tools, and strategies for business success. New Jersey: John Wiley & Sons.

Sunday, 13 May 2012

Ironi Komitmen Terhadap ICT: Ancaman Blog Di Malaysia



Blog merupakan salah satu daripada media baru yang menjadi tumpuan masyarakat untuk berkomunikasi dan menyatakan pendapat mereka terhadap sesuatu perkara. Pelbagai jenis blog telah dicipta antaranya ialah blog politik, blog hiburan, blog peribadi dan sebagainya. Kadar penggunaan blog dalam masyarakat hari ini agak tinggi  iaitu terdapat 112 juta blog atau kira-kira 175 000 blog dicipta setiap hari (Ani Nadila Yusuf, 2008: 3). Nama asal blog adalah diambil daripada perkataan Web Log yang diperkenalkan oleh John Warger pada Disember 1997 manakala singkatan bagi Blog pula diperkenalkan oleh Peter Merholz yang menggunakan ayat ‘we blog’ pada laman web peribadinya(ibid)
Menurut Jurnal Pengajian Media Malaysia yang ditulis oleh Jamilah Hj Ahmad, blog boleh didefinisikan sebagai laman web yang terdapat catatan-catatan dibuat dalam bentuk jurnal dan dipaparkan dalam satu susunan kronologi terbalik. Pengaruh blog terhadap sistem komunikasi dan informasi telah mencetuskan fenomena baru apabila blog-blog telah menjadi sumber maklumat paling dominan bagi melakukan sesuatu perkara atau menganalisis sesuatu perkara.
Oleh kerana Malaysia telah mencapai tahap negara membangun maka perkembangan terhadap blog tidak dapat dihalang lagi selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin melihat rakyat Malaysia mahir menggunakan Internet bagi tujuan memacu pembangunan negara. Saya akan membincangkan mengenai hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Amirul Akhbar Mohd Zulkifli daripada Universiti Teknologi Mara. Tajuk kajiannya ialah Ironi Komitmen Terhadap ICT: Ancaman Blog di Malaysia. Ancaman blog yang utama adalah blog politik.
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis blog politik telah diwujudkan oleh pelbagai pihak atau individu bagi menyampaikan ideologi politik mereka dan juga bagi menghentam pihak lawan mereka sama ada di barisan kerajaan atau pun di pihak pembangkang.
Perkembangan kewujudan blog politik dilihat seperti mencabar kedudukan media arus perdana, seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang selama ini dimonopoli dan digunakan oleh kerajaan bagi menyampaikan segala maklumat atau dasar mereka kepada rakyat. Hal ini adalah kerana melalui blog, pelbagai perkara dapat diperbincangkan dengan lebih meluas tanpa perlu memohon kebenaran atau permit daripada pihak yang berwajib. Blog juga membenarkan penggunanya untuk memberikan komen ataupun pendapat mereka terhadap setiap perkara yang dinyatakan di dalam blog tersebut yang tidak dapat dilakukan di media arus perdana.
Selain itu, blog juga turut menjadi pilihan penggunanya adalah kerana perkara yang diterbitkan di dalam blog tersebut bebas daripada kawalan dan suntingan daripada mana-mana pihak seperti media yang lain. Perkembangan blog politik ini akan menjadi lebih dominan apabila sesebuah negara tidak mengamalkan  kebebasan media dan dikawal ketat oleh kerajaan. Jadi rakyat akan mengambil anisiatif untuk menggunakan blog bagi mendapatkan sebarang maklumat yang tidak dipaparkan di media arus perdana.  
Di Malaysia perkembangan penggunaan blog politik ini telah meningkat dengan mendadak selepas berlakunya pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang dikaitkan dengan isu liwat dan penyalahgunaan kuasa. Pengguna memilih internet bagi mendapatkan kebenaran mengenai isu ini yang tidak dipamerkan di media arus perdana.
Semasa pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi, beliau dilihat lebih terbuka berbanding pemimpin sebelumnya. Perkara ini memberi ruang kepada semua pihak untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran beliau secara terang-terangan terutamanya di alam siber seperti blog. Perkara ini seterusnya menyebabkan landskap politik di negara ini telah berubah pada pilihanraya ke-12 pada 8 MAC 2008 yang mempamerkan Barisan Nasional telah hilang kuasa majoriti 2/3 kerusi di Dewan Rakyat dan telah hilang kuasa pemerintahan di lima buah negeri iaitu, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Mengikut kajian yang telah dilakukan terhadap 193 blog politik yang dijalankan oleh Mohamad Amirul Akhbar Mod Zulkifli dilihat 59.1 peratus blog yang diwujudkan adalah tidak menyokong pemerintah. Manakala bagi blog yang bersifat bebas dan tidak menyokong mana-mana pihak pula adalah terdiri daripada 26.4 peratus. Terdapat hanya 14.5 peratus sahaja yang berpihak kepada pemerintah. Jadi wajarlah jika dikatakan bahawa blog merupakan salah satu ancaman dan penyebab utama yang membawa kepada kekalahan teruk Barisan Nasional pada pilihanraya ke-12.
         Manakala bagi isu yang diperbincangkan pula kajian mendapati bahawa terdapat 33.1 peratus blog daripada keseluruhan kajian telah membincangkan mengenai isu ketelusan di dalam pilihanraya. Isu kedua tertinggi yang diperbincangkan ialah isu hak asasi, keadilan dan ekonomi di Malaysia yang berjumlah 32.5 peratus daripada keseluruhan kajian. Seterusnya isu yang diperbincangkan di dalam blog yang dikaji ialah isu rasuah dan kronisme yang membawa kepada 11. 3 peratus daripada jumlah keseluruhan blog yang dikaji. Selain itu, isu mengenai Abdullah Ahmad Badawi juga menjadi antara isu yang diperbincangkan di dalam blog yang dikaji dan membawa kepada keputusan 8.6 peratus daripada keseluruhan kajian. Jumlah peratusan blog yang membincangkan lain-lain isu adalah sebanyak 14.5 peratus.

Rujukan
Buku

Ani Nadila Yusuf .(2008).  A-Z blog!: Tip Untuk Blogger Wanita. Shah Alam: Buku Prima.

Jurnal

Hj Ahmad.( 2009).  Perhubungan Awam dan Teknologi Baru, Vol. 11, no 11, pp. 1-12

 


3 comments:

  1. Blog digunakan oleh pelbagai pihak dalam menyebarkan sesuatu perkara.Keadaan ini kerana tulisan blog adalah dalam bentuk yang santai yang mana dapat menarik minat orang untuk membaca berbanding bahan bacaan lain. Menurut Fazlinda Othman (2010:11), blog adalah sebuah dairi atau jurnal online yang menyenaraikan pendapat dan pandangan tidak rasmi tentang sesuatu topik. Blog juga menggambarkan minat dan pemikiran yang mana orang lain boleh memberi komen dan juga ulasan. Keadaan ini menunjukkan bahawa pengguna blog bebas memberi komen berdasarkan apa yang ditulis dalam sesebuah blog.

    Noor Fazlinda Othman.2010.Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan.Skudai:Universiti Teknologi Malaysia.

    ReplyDelete
  2. In Malaysia, after years of media constraint, the existence of blog gives opportunities to opponent parties in the countries to fight back in order to obtain votes from the people. Since independence, Malaysian media had been constrained under various acts such as the Printing Presses and Publications Act 1984, Sedition Act 1948, Defamation Act 1957 and others. “As a result, the Malaysian blogosphere has become important as a place to air dissenting views and publish incriminating information”, (Ulicny, 2008, pg.211). Raja Petra is one of the blogger in Malaysia who had been facilitating open discussion on Malaysia’s political and social scenes.

    Many are complaining that the government has not done enough to tackle massive institutionalized corruption, issues of poor governance, non-transparency, ethnicity politicking, and religious and ethnic insensitive through blog and other online facilities.

    As described in the article, 59.1% of the blogs in Malaysia are not supporting the government. Besides, blogs and online webpages are the tools largely used by opponent parties to promotes themselves by attacking the week points of the party currently in control since they are not allow to publish them through the main stream media, i.e. television, radio and newspaper.

    ReplyDelete
  3. Well, there are more 50% blogs are not supporting governments may be due to government restriction to media not to post or publish certain issues. Those unpublished issues are mostly from the opponent parties which bloggers posted in their blogs. Hence there are no freedom of speech whereby everyone tries to speak out their thought through blogs. Mainstream media has become the media which publish based on the government or the ruled party, opponents parties or supporters used blogs to publish or post or spread their news or certain news that are not able to be published.

    According to Ulicny, "...Malaysian blogosphere has become important as a place to air dissenting views and publish incriminating information."

    Ulicny, B.(n.d.). Modeling Malaysian Public Opinion by Mining the Malaysian Blogosphere. MA: VIStology, Inc.

    ReplyDelete