Blog
membawa pelbagai kebaikan kepada penggunanya. Salah satu daripada kebaikan
tersebut adalah membawa perubahan dalam sesi pembelajaran. Sekiranya suatu
ketika dahulu sesi pembelajaran hanyalah di dalam kelas sahaja dan berbentuk
satu hala di mana hanya guru sahaja yang menyampaikan maklumat dan pelajar
hanya menerima maklumat tersebut.
Namun kini dengan adanya blog, perubahan
telah di bawa kerana sesi pembelajaran menjadi lebih efektif. Hal ini kerana
melalui blog para pelajar dapat mencari maklumat dan berkongsi maklumat dengan
pengguna blog yang lain dengan cara memberi pendapat di ruangan komen.
Menurut
Noor Fazlinda Binti Othman(6:2010) Penggunaan blog telah membawa perubahan
positif dalam meningkatkan sisitem pendidikan di Malaysia.
Noor
Fazlinda Binti Othman.(2010). Kajian Penggunaan Blog Dalam Kalangan Pelajar Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia.
Sekarang blog juga digunakan untuk tujuan proses pembelajaran dan pengajaran. Contoh, pensyarah saya telah memberi tugasan kumpulan membuat ulasan artikel dan post di blog. Jadi, kami create satu blog dan uploadkan hasil kerja kami di blog tersebut. Ia merupakan satu pengalaman yang baru dan menarik.
ReplyDelete